ALAM WANITA, PEMBANGUNAN INSAN »

[24 Apr 2009 | No Comment | 228 views]

Di susun oleh Nor Azlin

Memandang kepada bertambahnya peranan wanita dalam kehidupan hari ini,  maka kami ingin menyediakan satu ruangan khas untuk golongan masyarakat ini.   Kami namakan ruangan ini  ALAM WANITA.    Dalamnya akan kami kupas,  analisis dan paparkan ehwal wanita dan peranan mereka dalam dunia yang serba mencabar dan membangun hari ini.
Kita akan lihat dan teliti peranan mereka dalam pelbagai bidang aktiviti.  Tujuannya supaya kita dapat mengenali,  memahami  dan  menghayati siapakah wanita itu dan apakah sumbangannya terhadap pembangunan bangsa dan Negara.
Hari ini masyarakat wanita melibatkan diri dalam pelbagai tugas dan …

ALAM PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN INSAN »

[24 Apr 2009 | No Comment | 129 views]

Susunan  TAHIR RAMLY
“  Bagi menyediakan diri kita menghadapi masa depan,  kita mestilah mempunyai ilmu yang menyeluruh yang boleh menyelesaikan masalah keperluan kerohanian dan juga keperluan fizikal kita. “    Pandangan dan pendapat   Datuk Hassan Harun,  seorang pakar pendidikan yang juga Pengetua Kolej Wadi Sofia,   Kota Bharu,  Kelantan.
Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai soal atau isu  ‘ pendidikan menyeluruh ‘   atau   ‘ total education ‘.    Ini dipercayai ekoran dari kesedaran masyarakat betapa pentingnya disediakan anak-anak di sekolah dengan pelajaran yang secukupnya untuk menyediakan diri mereka menghadapi masa mendatang,  dengan lebih yakin …

ALAM PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN INSAN »

[23 Apr 2009 | One Comment | 234 views]

Tulisan TAHIR RAMLY

Bahagian kedua ini akan meneliti lagi soal pendidikan dan peranan kita dalam memasyarakatkannya.  Rasanya kita mula sedar,  dan minda kita mula terbuka,  kepada hakikat bahawa ilmu pengetahuan itu adalah penting dalam hidup kita.
Dalam dunia di alaf baru hari ini,  kita sedang berlumba untuk menentukan bahawa kita adalah antara yang mempunyai ilmu untuk hidup atau kita ini adalah yang berilmu.  Perlumbaan dan perjuangan ini akan berterusan,  kerana kita sudah sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan kita akan ketinggalan,  dan kita dikalahkan dalam perlumbaan ini.
Melalui pendidikan,  pembelajaran dan proses menimba ilmu …

ALAM PENDIDIKAN »

[12 Apr 2009 | No Comment | 44 views]

Tulisan  TAHIR RAMLY
Banyak telah diperkatakan mengenai ‘pendidikan‘.   Banyak juga syor dan cadangan yang telah dikemukakan oleh yang pakar dan prihatin mengenainya,  terhadap menjadikannya satu topik yang diminati dan dihayati ramai.
Utama dalam dunia pendidikan ialah adanya kesedaran akan usaha dan peranan kita kearah mewujudkan masyarakat pelajar yang diberi didikan secara menyeluruh sesuai dengan keperluan zaman.  Kaedah-kaedah pendidikan dan pembelajaran yang dirasakan akan mendatangkan manfaat kepada kita semua,  harus diterokai dan dihalusi.
Dalam posting ini,  kita akan lihat dari kaca mata seorang insan biasa yang mempunyai anak-anak bersekolah.
Pendidikan,  pembelajaran  dan  usaha menimba ilmu …

PELANCONGAN »

[10 Apr 2009 | No Comment | 327 views]

Halaman ini memaparkan kisah peristiwa dan aktiviti di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.   Kali ini kita beri fokus kepada Negeri Kelantan Darul Naim.
Susunan   TAHIR RAMLY

HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KELANTAN:        30 hingga 31 Mac 2009

Kota Darul Naim bermandi cahaya
Perayaan Hari Keputeraan DYMM Al-Sultan Kelantan yang ke 59,  disambut dengan penuh kemeriahan oleh warga Negeri Kelantan seluruhnya.  Di tiap jajahan negeri ini upacara-upacara sambutan dianjurkan yang disertai oleh anggota masyarakat dari berbilang kaum dan golongan.  Terpapar suasana kemeriahan disematkan pula dengan semangat cinta dan taat setia rakyat kepada Raja.   Ini pula ialah tonggak utama …